Berikut merupakan fakta-fakta dari Puan Siti Mahani Muhazir, Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA..
sumber: ohbulan.com |
1.Mak Nyah adalah berbeza dengan Khunsa kerana Khunsa adalah individu yang mempunyai dua alat kelamin manakala Mak Nyah adalah individu yang dilahirkan sebagai seorang lelaki tetapi mempunyai perasaan keperempuanan.
2.Kajian mendapati bahawa 98.63% Mak Nyah adalah lelaki tulen yang dilahirkan sebagai seorang lelaki manakala 1.37% dilahirkan sebagai khunsa.
sumber: billyinfo.blogspot.com |
3.Kajian seterusnya mendapati bahawa seramai 56 orang (76.71%) daripada 73 Mak Nyah pernah mendapatkan suntikan hormon membesarkan buah dada dan vitamin untuk mencantikkan kulit muka.
4.Seramai 22% daripada Mak Nyah di Malaysia telah menjalani pembedahan penukaran jantina dan selebihnya bersedia untuk menjalani pembedahan sekiranya diberi peluang.
5.Kajian juga mendapati bahawa 65.75% daripada responden menjadikan perbuatan liwat dan beberapa perbuatan kotor yang lain untuk memuaskan nafsu mereka.
sumber: billyinfo.blogspot.com |
6.Golongan Mak Nyah adalah golongan yang menyalahgunakan naluri keperempuanan yang dikurniakan Allah terhadap mereka sehingga menjadikan diri mereka benar-benar seperti perempuan.
7. Golongan Mak Nyah adalah golongan yang mengalami masalah psikologi dan masalah mereka juga perlu diselesaikan bersama secara psikologi berlandaskan Islam.
sumber: pakcikli00.wordpress.com |
ps/ Kenapa mereka jadi begini?..adakah ini yang dikatakan takdir?..anda mampu mengubahnya..
0 comments:
Post a Comment