Ikuti sesi perbualan Albenz bersama Pihak CIMB pada suatu pagi yang tak berapa tenang dengan bunyik jentera pembinaan..
CIMB kol: slamat pagi
Albenz: ya slamat pagi..
CIMB: saya xxx dari CIMB, boleh saya bercakap dengan Albenz?
Albenz: ya saya..
CIMB: kami dapat alert dari sistem kami, mengatakan awak ade membuat bayaran pada MIIT sekejap tadi, benar encik ada membuat pembayaran itu?..
Albenz: ya betul..
CIMB: ok, kami juga mendapati yang akaun encik hampir kehabisan duit, adakah encik mahu kami topupkan?..
Albenz: murah betol hati CIMB sebab sanggup topupkan akaun saya, topup banyak sikit ye..
CIMB: ok, sebelum tue, boleh saya tahu nama penuh encik, no kad pengenalan dan nama ibu serta jumlah yang encik transfer tadi..
Albenz: eh cik nie nak wat aper nak tahu sumer tue?, cik nak ngorat saya eh?..
CIMB: eh, ini untuk pengesahan saja ya encik, untuk memastikan encik pemilik sebenar akaun ini.
Albenz: cik tak percaya saya ker?, abis cik dapat mana no saya nie?, kalo saya pun tak percaya yang cik nie orang CIMB macam mana?..
CIMB: erkk, pihak CIMB sentiasa memberi kepercayaan untuk setiap pelanggan mereka, encik boleh refer kat cawangan CIMB yang berdekatan..
Albenz: saya nak refer ape?, refer telefon saya?..eh cik nie jgn macam2...saya report polis karang..
CIMB: ok, encik boleh amek no rujukan untuk perbualan kita nie, dan encik boleh lah refer kat mana2 cawangan CIMB yang berdekatan. Ini no dia xxxx
Albenz: wah, baru sekarang saya tahu yang CIMB ader no rujukan untuk orang2 yang dia telefon.
CIMB: ya encik, sememang nya kami dari CIMB akan memastikan tahap security yang terbaik untuk semua pelanggan kami..
Albenz: iyeeee??, tak tanye pon..kite borak2 nie, cik takde keje lain ker?..
CIMB: tugas kami adalah untuk memastikan semua pelanggan kami mendapat layanan yang secukupnya..
Albenz: eh cik nie jgan pelik2, saya report lagi kang kat polis, sebab cuba buat gangguan..
CIMB: maksud saya, kami akan layan pangilan yang kami terima atau buat dan memastikan semua pelanggan kami mendapat jawapan yang memuaskan..
Albenz:Owhhhhh, ingat nak buat pelik2..kalo macam tue takpe lah, saya nak gi mandi
CIMB: eh, encik belum buat pengesahan identiti lagi..
Albenz: nanti lah cik, saya belum mandi lagi, nnti2 lepas mandi saya kol balik, itu pun kalo saya ingat.
CIMB: abis, macam mana dengan pengesahan pembayaran dari akaun encik sebentar tadi?.
Albenz: alahhh, itu saya lah yang buat, cik jangan risau lah yer..
CIMB: kalo macam tue takpe lah, saya pun sbnarnya belum sarapan lagi nie...
Albenz: yekew?, cik nak gie sarapan kat mana?..
CIMB: kat tepi nie je, sebelah medan selera sebelah hospital.
Albenz: aik, cik nie mcm dekat je dgn rumah saya?
CIMB: saya kerja kat CIMB cawangan kampung baru nie..encik duduk dekat sini ker?
Albenz: ahha, kat kampung baru jugak..
CIMB: dekat lah dengan saya..eh encik, bos saya da jeling lah..kita tamat kat sini lah ye encik, ada apa2 yang boleh saya bantu lagi?..
Albenz: owh, takpe2..saya nak gi mandi, tak perlu bantuan pon..
CIMB: Terima kasih kerana telefon kami..
Albenz: eh, bukan awak ker yang telefon saya tadi?
CIMB: ahha, ye tak ye jugak..heheee
Albenz: sengalllll..
PS/ ape pon tak boleh..
*Ini hanyalah rekaan semata2 tak de kaitan langsung antara bumi dengan langit ye dan kawasan2 yang sekitar dengannya..kui3..
0 comments:
Post a Comment