2
Yeayyyy... 
i'm back 
but 
tak sekencang dulu...
banyak keje yang harus di setel kan...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: “Guruku, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?”

Guru: “Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian, ambil lah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.”

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong…

Gurunya bertanya: “Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?”

Pelajar: “Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya…”

Guru: “Ya, itulah cinta.”

Di hari lain-nya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada gurunya…

Pelajar: “Apa itu perkahwinan?”

Guru: “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tapi, janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.”

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut…

Maka gurunya pun bertanya: “Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?”

Pelajar itu menjawab: “Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...”

Maka guru itu menjawab: “Itulah perkahwinan…”



Sumber
SORRY KEPADA KAWAN-KAWAN YANG SELALU DATANG SINI HARI-HARI..
AKU TAK DAPAT BERBORAK DENGAN KORANG LAGI UNTUK SEMENTARA WAKTU NIE...
ALASAN NYA, AKU TERSANGAT-SANGAT LAH SIBUK DENGAN SEMESTER BARU NIE..PROJEK, ASIGNMENT, TUTORIAL DAN BERBAGAI..
TERPAKSA TINGGALKAN KEJAP DUNIA BLOGGER 
UNTUK TEMPUHI KECEMERLANGAN DI MASA HADAPAN..
LOVE YOU ALL....
LAST SEKALI, 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN, 
DAN 
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
DARI ALBENZ...<3<3<3


PS/ Dah nak abis blaja dah aku nie yer...


Aku bingung, sambil memecut laju Subaru Impreza, dengan tergesa-gesa  pulang ke rumah. Rumahtangga ku sedang bergolak. Isteri ku mahu meninggalkanku melupakan mahligai indah yg kami bina sekian lamanya.

aku : Sayang nak ke mana ni? Jangan buat mcm ni, jangan derhaka dgn abg, tempik aku.

Aisyah : Saya nak tinggalkan abg! Saya dah tak tahan lagi dgn perangai abg yg terlalu materialistik!!

Aku : Abih Beg-Beg tu...Yg syg pakai tu...Crocodile, Samsonite tu semua abg beli hasil titik peluh abg tau....!!

Aisyah : Tapi....

Aku : Takde tapi-tapi....Syg nak tinggalkan abg kan?...jadik jgn bawak beg-beg kepunyaan abg tu..Kalau sayang nak pergilah, silakan  tapi selai sepinggang!!

Aisyah : Abg ni kejam...Tak Langsung tak kenang budi!!..
Salam ramadhan kepada korang sumer..

Kali nie aku nak wat entry sedih sikit, bkan apa sebab aku rasa terharu dengan penerimaan korang kat diri aku yang tak berapa nak kacak nie..jadik untuk tunjukkan penghargaan aku kat korang, aku wat lah satu entry..pada mereka yang aku tak senaraikan kat bawah nie, jgn touching2 yer..Aku tetap jenjalan kat korang nyer tmpat ngan komen-komen entry korang yang superb tue.. aku nak kasik award, tak pandai plak...tgk aku nyer header sudah. maen hentak jer, itu lah, orang wat header, kte nak header gak, orang wat header edisi. jeles, nak jugak...janji ada, xcantik? peduli apa aku...kui3..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...