Showing posts with label Harapan. Show all posts
Showing posts with label Harapan. Show all posts
Ada orang tanya macam mana nak mudah ingatkan Allah swt?
Lalu aku berkata untuk mengingat diri kita kepada Allah swt seumpama kita cuba mengingat nota-nota menjelang waktu peperiksaan akhir..

Kita akan cuba ringkas kan segala nota-nota dari awal topik satu sehingga topik terakhir..
Segala nota-nota tersebut kita kumpulkan menjadi satu catitan yang sangat-sangat ringkas sehingga dari ber- ratus-ratus helaian kepada se-sikit-sikit helai dan mudah disimpan didalam poket atau beg..


Begitulah kaedah kita untuk mengingatkan diri kita kepada Allah swt.
Allah swt telah sediakan kepada kita semua nota-nota kecil bagi memudahkan kita untuk ingat kepada Nya dan tidak perlu untuk kita bersusah-payah untuk mmbuatnya lagi..

"Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu" 
[Al-Baqarah : 185]


Islam itu mudah dan memudahkan.
Nota kecil untuk mengingati Allah swt...:

~✿..Tersepak batu, "Ya Allah!",
~✿..Tengok rama-rama cantik, "Subhanallah!"
~✿..Bangun tidur pada waktu pagi, "Lailahaillallah.."
~✿..Hendak suap makanan ke dalam mulut, "Bismillah..."
~✿..Ketika sakit , "Astaghfirullah..."
~✿..Mendengar perkara yang tidak disukai, "Lahaulawalaquwataillah billahila'liyila'zim...

“Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar dengan kemampuannya”
[Al-Baqarah : 286]

sumber: facebook.com
Fyp oh fyp nape engkau bikin kepala aku kusut haa??...

Buat masa sekarang, dah 4 tajuk kene reject dgn supervisor..
Ape ke teruk sgt ke tajuk aku tue?..
At least komen lah pnjang sikit, bagi suggestion ker, haa baru lah aku semangat sikit..
Nie tgk kejap, baca kejap..trus ckp idea nie tak berapa bagus, xde nilai komersil lah, dah ade org buat lah..
adushhh...mati kutu aku....menyampah, nak drop, nak terjun bangunan kolam..sume ade lah.

Last2 ader jgak supervisor yang baik hati sudi nak hulurkan idea kat aku, Alhamdullilah..
Terima kasih En.Fued..hahahaa


Tp idea tue tak mcm boleh pecah otak lak aku...nak pikir tajuk, wat proposal nasib baik lah coordinator bermurah hati dapat bagi extend day untuk hantar proposal aku nie...Terima kasih pulak pada Puan Roziyani..

Idea nye kamain, MPLS haaa amek ko...terkejut nokkk..MPLS ato nama ikut IC nyer Multiprotocol "Label Switching", mende nie budak-budak master duk tengah kaji dia punye teknologi..mampus aku nak buat..
Aku bukan level deworg nak buat mende-mende yang terlalu canggih nie..

Memang lah aku ade belaja, tapi sume tue basic...
Tambahan pulak En.Fued tue cakap, sebelum nie dah ade budak buat, tapi basic jer...
kat situ aku dah tahu ape niat En.Fued tue..
Sah-sah dia nak suruh aku buat yg lebih advance..Terima kasih skali lagi En.Fued..

Ape pun, aku berdoa smoga aku berjaya harungi semester nie, lebih-lebih lagi final year project nie..
sebab aku nak tamat blaja dengan jaya...
aku dah penat belaja full time,
aku nak kerja pulak,
dan yang utama, umo aku da ehemmm ehemmm...heee..
Doa kan aku berjaya...aminn..

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: “Guruku, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?”

Guru: “Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian, ambil lah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.”

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong…

Gurunya bertanya: “Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?”

Pelajar: “Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya…”

Guru: “Ya, itulah cinta.”

Di hari lain-nya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada gurunya…

Pelajar: “Apa itu perkahwinan?”

Guru: “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tapi, janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.”

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut…

Maka gurunya pun bertanya: “Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?”

Pelajar itu menjawab: “Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...”

Maka guru itu menjawab: “Itulah perkahwinan…”



Sumber
SORRY KEPADA KAWAN-KAWAN YANG SELALU DATANG SINI HARI-HARI..
AKU TAK DAPAT BERBORAK DENGAN KORANG LAGI UNTUK SEMENTARA WAKTU NIE...
ALASAN NYA, AKU TERSANGAT-SANGAT LAH SIBUK DENGAN SEMESTER BARU NIE..PROJEK, ASIGNMENT, TUTORIAL DAN BERBAGAI..
TERPAKSA TINGGALKAN KEJAP DUNIA BLOGGER 
UNTUK TEMPUHI KECEMERLANGAN DI MASA HADAPAN..
LOVE YOU ALL....
LAST SEKALI, 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN, 
DAN 
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
DARI ALBENZ...<3<3<3


PS/ Dah nak abis blaja dah aku nie yer...


Aku bingung, sambil memecut laju Subaru Impreza, dengan tergesa-gesa  pulang ke rumah. Rumahtangga ku sedang bergolak. Isteri ku mahu meninggalkanku melupakan mahligai indah yg kami bina sekian lamanya.

aku : Sayang nak ke mana ni? Jangan buat mcm ni, jangan derhaka dgn abg, tempik aku.

Aisyah : Saya nak tinggalkan abg! Saya dah tak tahan lagi dgn perangai abg yg terlalu materialistik!!

Aku : Abih Beg-Beg tu...Yg syg pakai tu...Crocodile, Samsonite tu semua abg beli hasil titik peluh abg tau....!!

Aisyah : Tapi....

Aku : Takde tapi-tapi....Syg nak tinggalkan abg kan?...jadik jgn bawak beg-beg kepunyaan abg tu..Kalau sayang nak pergilah, silakan  tapi selai sepinggang!!

Aisyah : Abg ni kejam...Tak Langsung tak kenang budi!!..
Salam ramadhan kepada korang sumer..

Kali nie aku nak wat entry sedih sikit, bkan apa sebab aku rasa terharu dengan penerimaan korang kat diri aku yang tak berapa nak kacak nie..jadik untuk tunjukkan penghargaan aku kat korang, aku wat lah satu entry..pada mereka yang aku tak senaraikan kat bawah nie, jgn touching2 yer..Aku tetap jenjalan kat korang nyer tmpat ngan komen-komen entry korang yang superb tue.. aku nak kasik award, tak pandai plak...tgk aku nyer header sudah. maen hentak jer, itu lah, orang wat header, kte nak header gak, orang wat header edisi. jeles, nak jugak...janji ada, xcantik? peduli apa aku...kui3..

 Dalam entry ini akan bnyk persoalan, dan kalau ada sesiapa yang terasa dengan entry aku nie, aku nak mintak maaf dan jugak bahasa yang aku guna juga agak keras. Tapi kalo korang tak nak maafkan aku, ada aku kesah?..Selamat berpuasa kepada semua..

Peringatan;
Korang jenis pemarah : JANGAN BACA
Korang jenis cool : ELOK BACA
Korang dari kategori ExBF/GF : TUTUP JER ENTRY NIE
Korang dari kategori New Couple : JADIKAN RENUNGAN

Awak, saya tahu awak sayang saya. Tapi awak tahu kan yang hati saya takda kat awak, saya tahu awak baik dengan saya, tapi awak tahukan saya anggap awak sebagai kawan jer dan awak juga tahu yang saya kan tengah mencari sang puteri saya, 

Kalau kita ada jodoh awak mungkin jadik sang puteri saya..awak doakan lah banyak2 supaya menjadi sang puteri saya..saya tak tahu sampai bila awak akan terus menunggu saya, saya akan doakan awak juga supaya jumpa yang terbaik dan sempurna...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...