Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts
Ada orang tanya macam mana nak mudah ingatkan Allah swt?
Lalu aku berkata untuk mengingat diri kita kepada Allah swt seumpama kita cuba mengingat nota-nota menjelang waktu peperiksaan akhir..

Kita akan cuba ringkas kan segala nota-nota dari awal topik satu sehingga topik terakhir..
Segala nota-nota tersebut kita kumpulkan menjadi satu catitan yang sangat-sangat ringkas sehingga dari ber- ratus-ratus helaian kepada se-sikit-sikit helai dan mudah disimpan didalam poket atau beg..


Begitulah kaedah kita untuk mengingatkan diri kita kepada Allah swt.
Allah swt telah sediakan kepada kita semua nota-nota kecil bagi memudahkan kita untuk ingat kepada Nya dan tidak perlu untuk kita bersusah-payah untuk mmbuatnya lagi..

"Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu" 
[Al-Baqarah : 185]


Islam itu mudah dan memudahkan.
Nota kecil untuk mengingati Allah swt...:

~✿..Tersepak batu, "Ya Allah!",
~✿..Tengok rama-rama cantik, "Subhanallah!"
~✿..Bangun tidur pada waktu pagi, "Lailahaillallah.."
~✿..Hendak suap makanan ke dalam mulut, "Bismillah..."
~✿..Ketika sakit , "Astaghfirullah..."
~✿..Mendengar perkara yang tidak disukai, "Lahaulawalaquwataillah billahila'liyila'zim...

“Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar dengan kemampuannya”
[Al-Baqarah : 286]

sumber: facebook.com
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: “Guruku, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?”

Guru: “Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian, ambil lah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.”

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong…

Gurunya bertanya: “Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?”

Pelajar: “Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya…”

Guru: “Ya, itulah cinta.”

Di hari lain-nya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada gurunya…

Pelajar: “Apa itu perkahwinan?”

Guru: “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tapi, janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.”

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut…

Maka gurunya pun bertanya: “Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?”

Pelajar itu menjawab: “Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...”

Maka guru itu menjawab: “Itulah perkahwinan…”



Sumber
Bersediakan korang untuk menyambut bulan ramadhan yang  akan menjelang tiba dalam 5 hari lagi?. Sanggupkah korang tinggalkan makan minum pada siang hari sempena bulan yang mulia nanti?. Adakah korang berazam bulan ramadhan kali nie, korang nak jadik yang terbaik dari ramdhan sebelum-sebelum nie?..tepuk dada jangan tanya perut..


dulu,
bila disebut wanita,
lelakinya gagah perkasa,
wanitanya penegak kebenaran.
wanita itu setanding lelaki.

kini,
bila disebut wanita,
lelakinya menunduk lemah,
yang ada hanyalah penghias pasaraya,
ramainya, pemusnah lelaki.

 dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.
0
Entry kali nie EnSB nak berkongsi pembacaan EnSB kat satu notes dalam facebook.com yang mana benar-benar menyentuh hati EnSB, tak tahu samada kisah nie benar-benar berlaku atau hanya sekadar untuk renungan..kisah nyer begini..


0

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??...
Kubur di Kubah Masjid Nabawi: Gambar Kubah Masjid Nabawi

  
Kubur di Kubah Masjid Nabawi yang mana mempunyai cerita yang patut di ketahui dan diambil iktibar. Semoga cerita Kubur di Kubah Masjid Nabawi ini dapat kita hayati bersama...
SUBHANALLAH, ini adalah
0
"Ajal maut semuanya ditangan Allah Swt.."
Kalau Allah swt tak izin kan roh tinggalkan jasad, Roh tak akan tinggalkan jasad sehingga dapat keizinan dahulu, dan malaikat maut pun tidak akan datang menjemput..
begitulah perjalanan hidup ini. Setiap yang berlaku itu ada hikmah nya.
begitu juga dengan konsep panjang umur.


Mamat kat dalam video nie, mmg umurnya panjang, dia masih lagi bernafas walaupun aku yang tengok video nie hampir2 sesak nafas sbb terkejut...kita tgk skg video nie..

Video: 

Train spotter in narrow escape





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...