Mengimbau kenangan dulu aku teringat zaman budak-budak dulu...Zaman dimana aku malas bangun pagi untuk kesekolah, aku nie pun bukan nya rajin sgt pegi sekolah almaklum lah dulu bermain adalah sumber inspirasi dan hobi hakiki...
Tapi, skg aku rasa alangkah sronok kalau waktu dapat diundur, waktu dimana aku masih bersekolah, bangun pagi, siap2 ke sekolah...sedih plak rasanya bila teringat zaman dulu2..
entry kali nie aku nak beritahu sejarah kewujudan sekolah menengah aku dimana sekolah ini yang dulu dipanggil sekolah budak nakal hinggalah sekarang dah jadik sekolah primer..
Sejarah penubuhan;
SK Chukai mula dibuka pada tahun 1916 di pinggir sungai Kemaman sebelah timur Warf Kastam Kemaman dengan murid berjumlah 9 orang. Setelah beroperasi selama sebulan sekolah ini runtuh ke dalam sungai Kemaman.
Pada tahun 1923 sekolah ini berpindah lagi di tapak bangunan rumah guru SJKC Chukai di Jalan Jakar sehingga tahun 1925 dan pada tahun 1926 ke bangunan dalam kawasan Hospital Kemaman.
Bangunan SK Chukai yang ketika itu dikenali sebagai Sekolah Melayu Chukai dibina pada tahun 1937 menggunakan bahan atap nipah berdindingkan pelupuh dan berlantaikan papan berukuran 120'x 26'.
Ini adalah bangunan sekolah yang dibina pada tahun 1937.
Bangunan ni jugak menjadi kelas aku semasa tahun 4 (1988). Bangunan ni dah dirobohkan sekarang ni dan di bina bangunan Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman.
Bangunan tambahan mula dibina mengikut pertambahan murid. Pada tahun 1948 bangunan kedua dibina dengan keluasan 50'x24' kemudian diikuti dengan bangunan ketiga (1957) dan keempat (1960). Kedua-dua bangunan ini berukuran 60'x22'. Bangunan kelima pula didirikan pada tahun 1969 dengan keluasan 100'x26'.
Bangunan khas untuk murid-murid perempuan yang dibina pada tahun 1948 telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 27 Jun 1948. Semenjak itu sekolah berpecah menjadi Sekolah Melayu Laki-laki Chukai dan Sekolah Melayu Perempuan Chukai.
Selepas Perang Dunia Kedua, Sekolah Melayu Laki-laki Chukai telah dipecahkan menjadi Sekolah Kebangsaan Laki-Laki Chukai (menampung Darjah 1 – 5) dan Sekolah Kebangsaan Chukai Bandar (menampung murid Darjah 6 dan Darjah 7). Sekolah Kebangsaan Chukai Bandar beroperasi di bangunan Pejabat Daerah Kemaman lama iaitu tapak Dewan Bandaran Kemaman sekarang. Namun kedua-dua sekolah lelaki ini disatukan semula pada 18 Oktober 1959.
Apabila Sekolah Kebangsaan Pusat dibuka pada tahun 1965, semua murid Darjah 4, 5 dan 6 dari SK Chukai (L) dan SK Chukai (P) dipindahkan manakala pada 1 April 1966 SK Chukai (L) dan SK Chukai (P) dicantumkan dan ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Chukai.
Untuk memberi keselesaan kepada warga sekolah ini, bangunan baru (batu) berharga RM268,000.00 telah dibina pada tahun 1976 dan telah dirasmikan oleh Y.A.B.Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada 27 April 1979. Pada tahun 1992 sebuah bangunan tiga tingkat dan kantin didirikan dan pada tahun 2003 pula dua buah bangunan empat tingkat telah dibina untuk menyediakan ruang pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik-bilik khas dan bilik-bilik darjah. Semenjak itu SK Chukai dapat beroperasi sebagai sekolah satu sesi dengan jumlah murid kira-kira 1100 orang manakala guru dan kakitangan seramai 68 orang tidak termasuk kakitangan swasta seramai 9 orang.
Bangunan ini pula adalah bangunan utama pada suatu masa dulu menempatkan beberapa buah kelas,
pejabat sekolah dan bilik guru. Bangunan sebelah kiri pernah menjadi kelas aku untuk tahun 5 (1989)
dan sebelah kanan untuk tahun 6 (1990).
Lencana sekolah:
Lencana sekolah di awal penubuhan
Lencana SMKC pada zaman persekolahan aku
Lencana SMKC selepas mendapat pengiktirafan sekolah primer
Sejarah sekolah:
- Bangunan sendiri mulai 1 Januari 1965 dengan seramai 276 pelajar dalam 7 kelas.
- Tahun 1966 - mula dibina Blok B dan Blok C (makmal, bilik ERT dan bilik darjah).
- Dirasmikan pada 25 Mei 1967 oleh Menteri Pelajaran YB En. Mohd Khir bin Johari
- Tahun 1987 - Projek Kilat JPNT iaitu blok kayu setingkat.
- Tahun 1990 - Mula dibina Blok KBSM tiga tingkat dan digunakan Januari 1991. - SRP pertama 1965, SPM pertama 1967 dan STPM pertama 1989.
- Bertukar nama kepada Sekolah Menengah Chukai pada 1977.
- Dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai pada 1997.
- Pelajar Tingkatan 3 sehingga 5 datang dari sekolah 'feeder' iaitu SK Binjai, SK Chukai, SK Pusat, SK Bukit Mentok 1, SK Bukit Mentok 2 dan SK Cherating
- Pelajar Tingkatan 6 dari SMK Chukai dan SMK Geliga.
- Bermula tahun 2005, SMK Chukai diisytiharkan sebagai Sekolah Premier. Pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada mereka yang terpilih seluruh daerah Kemaman.
- Tahun 2007, Premier Pertama menduduki PMR seramai 153 orang.
SMKC sekarang
Tak sempat aku nak merasa dewan nie, zaman aku dewan nie takde lagi..
Dewan pelbagai guna SMKC
Sekarang, pelajar-pelajar sekolah nie semua da otai-otai, kawasan bangunan dia pun kalo sape-sape yang first time masuk mesti sesat tak jumpe jalan keluar...x caya cubalah..
Motto sekolah:
Segera, Mesra, Kental, Ceria...
Motto tue memang kena dengan sekolah nie, sebabnya aku tak datang sekolah, pengetua datang carik aku kat rumah...heheheee...
0 comments:
Post a Comment