Idea dari sebuah novel lagenda anak setan di adaptasikan ke sebuah movie yang sangat menyentuh perasaan.
Lakonan Farid Kamil dan Lisa Suriani memang menyentuh perasaan, walaupun kekadang ada babak-babak yang aku perasan macam dibuat-buat...tetapi aku cukup respek kat Que Haidar sebab lakonan dia mmg menjadi. Aku rasa Lisa Suriani kena rambut gugur kot beberapa hari lepas berlakon movie nie...
Kulit novel Lagenda Budak Setan yang ditulis oleh Ahadiat Akasyah.
Sinopsis Lagenda Budak Setan:
Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.
0 comments:
Post a Comment