Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
Pelajar: “Guruku, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?”
Guru: “Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian, ambil lah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.”
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong…
Gurunya bertanya: “Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?”
Pelajar: “Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya…”
Guru: “Ya, itulah cinta.”
Di hari lain-nya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada gurunya…
Pelajar: “Apa itu perkahwinan?”
Guru: “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tapi, janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.”
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut…
Maka gurunya pun bertanya: “Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?”
Pelajar itu menjawab: “Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...”
Maka guru itu menjawab: “Itulah perkahwinan…”
Sumber
0 comments:
Post a Comment