Awak, saya tahu awak sayang saya. Tapi awak tahu kan yang hati saya takda kat awak, saya tahu awak baik dengan saya, tapi awak tahukan saya anggap awak sebagai kawan jer dan awak juga tahu yang saya kan tengah mencari sang puteri saya,
Kalau kita ada jodoh awak mungkin jadik sang puteri saya..awak doakan lah banyak2 supaya menjadi sang puteri saya..saya tak tahu sampai bila awak akan terus menunggu saya, saya akan doakan awak juga supaya jumpa yang terbaik dan sempurna...
Suatu malam aku bermonolog;
Kenapa aku menjadi seorang yang perfectionist? kerana hidup hanyalah sekali, jadi seharusnya aku menetapkan target-target tertentu dalam hidupku, Sebab nya hidup yang bahagia adalah hidup dengan kesempurnaan, tapi tidak keterlaluan. ” kawan rapatku pernah mengatakan, jangan terlalu memilih-milih, nanti aku akan menyesal dibelakang?” yang sering teriang-iang di benakku, namun hatiku masih teguh dengan pendirianku ini.
Mereka yang terlalu mencari kesempurnaan itu boleh diumpamakan seperti kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga…
Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. menyanyangimu… mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain?
Terlalu mengejar kesempurnaan?
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.
dan akhirnya kamu akan menyesal....
PS/
Eh jiwa-jiwa plak aku petang cengini, sebab perot lapa kot..selamat berbuka kepada semua..
sumber: [link]
9 comments:
suka dengan entry ini.. kadang-kadang terlalu memilih membuat kan hidup kita sukar untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna.. sebab tak ada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah..
jiwang ea sebab perut berkeroncong la tu :P
takda manusia yg sempurna kat dunia nie..mustahil2..mgkin seseorg tu luaran nmpk smpurna tapi kita xtaw kkurgn dia..just belajarlah menerima kekurangan dia sbb diri kita bkn smpurna sgt kan.hehe ;)
aida omar: tol, bahkan Rasul saw pun pernah beritau yg diri beliau tak sempurna dan yang sempurna hanya Allah..
hrmmm...kekadang kita nakkan kesempurnaan smpai kan lupa diri sindri tak sempurna...
Jangan berharap istri seperti Fatimah Azzahra, klo pribadi belum lagi seperti Sayidina Ali bin Abi Thalib..
pilihan tu penting
tp entah la..
rumit
tak salah memilih, tp jgn terlalu cerewet sgt..heheee..
entry baek pnye,,hihi
its all about him,him,him ;p
like like like.
ehem.abg zam...jiwa2 pulak die.perut lapar eh.alasan letuuwww.hehehe=)
Post a Comment