Kerana tersangat muak ngan study kat universiti, aku ambik keputusan untuk break kejap – study leave. Aku pun x tahu untuk berapa lama.
Pengajian aku masih berbaki setahun. Bukan dah malas belajar. Tapi aku betul-betul nak lari kejap.. Release tension, recharge balik semangat untuk belajar. Result yang semester latest memang teruk tahap gaban, takyah citer ah.. Bila aku bagitau mak aku, dia melenting la ape lagi. Maunye beliau x marah.. Tapi melihatkan aku ni memang dah nekad, mak akhirnya mengalah gak.
Jadi bermula la hidup aku untuk buat sesuatu yang jauh dari study, jauh dari senibina.. Aku balik kampung. Sebenarnya aku nak lalui balik kehidupan masa zaman sekolah dulu.. Tapi ape aku bleh buat??
Mula-mula ingat nak keje kat supermarket, tapi aku ni jenis cepat boring.. Pusing satu supermarket 2 3 kali pun dah rasa boring. Hoho. Nak keje kat pam minyak lak skarang dah tade, sume layan diri. Jadi pelukis jalanan, tak cukup konfiden lagi.. Ishk ishk ishk.
Lepas seminggu blur-blur kat rumah, last-last aku gi mintak keje jadi driver bas Federal (bas henti-henti). Dulu zaman sekolah, selalu gak la aku balik naik bas.. Aku suka perhatikan pakcik driver, kiranya memang admire la keje driver bas nih. Tengok cam best je. Haha. Tambah-tambah bila tengok orang ucap “tima kasih pakcik..” kat driver tiap kali mereka turun.. Rasanya jadi driver bas ni dihargai gak la.. hehe. Jadi ape salahnya aku try. Hmm..
Okeh, citer bas balik.. First time bawak bas, mak aih memang jakun & excited sangat! Hahaha. Senyum je manjang.. Hari first la bas aku hilang side mirror, sebab langgar bucu lampu isyarat. Adeh. Penumpang pun agaknye heran tengok aku ni muda-muda dah bawak bas.. Mesti dalam hati diorang cakap, “Siannye budak nih.. mesti ngaji x tinggi, terpakse bawak bas jek.” Ah lantak lah.
Rupanye tak la menyeronokkan sangat bawak bas nih. Kadang-kadang aku terlajak stop skit, pun kene marah ngan penumpang. Kadang-kadang berenti awal sikit pon kene marah.. Biasa golongan makcik-makcik la yang camtu, takleh nak cakap ape la. Nanti dikatakan anak derhaka lak, menjawab orang tua. Hehe. Tadah telinga ajo lah!
Masuk sebulan lebih aku jadik driver, suatu hari tu bas aku rosak. Tiba-tiba mati. Maklum la bas senior.. Penumpang lak penuh! Dah la hujan lebat sangat, Jadi aku tak dapat nak turun tengok enjin kat belakang nu ape yang rosak (macam la reti sangat). Aku just call pejabat je suruh hantar bas ganti.
Dalam bas yang tade aircond tu, lama-kelamaan penumpang mula bising. Merungut-rungut.. Panas la sikit sebab tingkap tutup. Penumpang lak dok borak-borak sesama diorang je.. Kecik ati gak la aku, tade pun orang yang borak ngan aku. Mentang-mentang la driver bas buruk je. Aku pakai pun agak selekeh je. Takpelah.. Aku pun buat-buat la main henset, tulis mesej, padahal…
Tetiba ade sorang budak pompuan tegur, “dah lame ke bawak bas, bang?”. Tekezut punya pasal, terjatuh henset aku. “Err, baru gak la dik..”.
……..
Aku pandang kat dia, gaya macam orang dah keje.
“Oo.. Kira memang tak pandai la nak repair sendiri bas ni?”, dia tanya lagi.
Perghh! Cantik bahasa. Geram je aku dalam hati. “Kan hujan ni dik, cane saya nak turun tengok? Jangan risau, kejap lagi bas ganti sampai okeh..”, aku cuba jawab ngan nada yang cool. Pastu budak tu terus tak layan aku. Waa sadis tol.
Dalam setengah jam, bas ganti sampai gak. Datang sekali ngan pomen. Hujan pun dah tak lebat sangat. Jadi semua penumpang pun keluar la dari bas aku. Sorang demi sorang.. Tanpa menghiraukan aku. Dalam dok layan feeling, tetiba satu suara sapa aku. “Bang, tima kasih ye..”. Rupanya penumpang yang last. Aku cuma senyum.
Hari-hari yang mendatang, kehidupan aku macam ni la.. Siang bawak bas, malam mengajar tuisyen 2 kali seminggu. Malam selainnya aku ngajar adik-adik mengaji Quran. Alhamdulillah, adik aku sorang ni form 5 dan ade 3 orang kawan dia berminat belajar ngan aku. Sume pompuan, senang sket sebab adik aku pun pompuan. Nasib baik silibus zaman aku ngan skarang tak banyak beza sangat, cuma dalam BI je. Kadang-kadang tu semput gak nak jawab soalan diorang bagi, lupa jalan penyelesaian. Pastu bagi alasan kat diorang, “err.. memandangkan kelas dah nak tamat, kita bincang soalan ni dalam kelas seterusnya okeh?”. Hahaha.. Ishk, kena buat revision lagi la ni.
Jadi 4 orang ni, gilir-gilir buat kat rumah masing-masing. Kali ni wat rumah kawan yang ni, len kali wat kat rumah kawan dia yang lain lak. Fair la kan?
Satu malam tu, kami buat tuisyen kat rumah kawan adik aku yang nama Nisa. Bukanlah kali pertama buat kat situ, tapi malam itu la aku pertama kali terserempah ngan kakak dia. Sebab dia tolong bawak keluar air minuman untuk kitorang. Nama ape ntah.. Pastu dia tegur aku, “abang (dia panggil aku abang lak – sesuke je) ni yang bawak bas tu kan?” Teet! Sah-sah la aku tak penah ingat dia, sebab kan ade berjuta-juta (tipu) penumpang setiap hari.. Mane la aku perasan.
Melihatkan aku membuat muka blur-blur, dia mula kelihatan serba-salah. Takut tersalah orang kot. Mungkin jugak dia rasa malu sebab selamba je tanya aku camtu. Jadi aku cepat-cepat mengiakan.
“Haah, saya la tu, yang bawak bas.. Tapi maaf la saya memang tak perasan cik, ramai penumpang kan..?” Aku ceritakan perkara yang sebetulnya. Dia membalas dengan anggukan, senyum lalu bingkas masuk ke dapur. Agaknye malu lagi la tuu.. Pastu aku sambung mengajar seperti biasa.
On de way balik rumah, aku terus soal siasat adik aku.
“Teh (nama panggilan adik aku) kenal kakak Nisa tu? Tau nama dia tak?”.
“Nisa tu kan member kamceng orang, mesti la kenal kakak dia. Nama dia… kak Husna, kot”, adik aku citer.
“Ooo member kamceng Teh ke? Abang ingat member kambing.. haha”, aku cuba melawak untuk tutup ke-excited-an aku.. Harap-harap adik aku tak perasan. Hahaha.
“Eeee loyar burok la abang ni.. Nape, suka akak Husna ke?”, direct je adik aku tanya..
“Ishkk takde la.. Tapi, si Nisa tu tau ke abang ni driver bas? Teh penah citer kat dia pasal abang?”
“Tak penah citer pun, dia pun tade tanya. Cuma orang cakap abang terer Add Maths dulu, tu je.”
“Okeh, good3! Teh jangan citer tau pasal abang, pasal pengajian abang, pasal keje driver bas tu sementara je..”
“Huh? Iyo laa..”
Lebih kurang seminggu lepas tu, aku terserempak lagi ngan si Husna tu. Kali ni dalam bas aku. Barulah aku ingat, dia la yang satu-satunya ucap “bang, time kasih ye” ketika bas rosak tempoh hari.. Ooooo! Kami cuma berbalas senyum je la, nak borak kang keadaan tak mengizinkan. Rasa taknak je ambik duit tambang dia, nak belanja. Tapi nanti kalau penumpang lain nampak, kontroversi lak.
…….
Malam tu aku dapat satu panggilan, suara macam pakcik2 je. Ooo, ayah Nisa rupenye. Dia tanya aku boleh mengaji Quran kan? Alamak, tetiba lak pakcik nih.
Laaaaaa…
Rupanya dia nak minta tolong ajarkan anak dia Nisa tu mengaji ngan aku. Sebab biasanya Nisa pun mengaji kat masjid seminggu sekali. Kalau aku dapat ajar, makin selalu la Nisa mengaji nanti, kata ayahnya. Pertanyaan tadi tu gurauan je katanya. Huishh, ni mesti adik aku yang citer kat si budak Nisa tu. Jadi semenjak tu Nisa pun join la ngan adik-adik aku mengaji Quran malam-malam..
Dah hampir setengah tahun aku dok kat kampung ni.. Keje jadi driver bas, mengajar tuisyen, itu ini.. Alhamdulillah duit simpanan pun makin bertambah. Dapat la tolong abah sket beli keperluan rumah, belanja adik-adik..
“Simpan la duit kamu ni elok-elok.. Nanti nak sambung belajar esok-esok, senang sikit”, kata mak bila aku nak hulurkan sedikit duit gaji aku. Huhu. Insyaallah aku simpan elok-elok. Walaupun dalam hati nak sangat beli iPad 2! Hahaha. Lek luu..
Tiba lagi giliran buat tuisyen kat rumah Nisa. Dah lama aku tunggu.. Haha. Dan seperti yang aku harapkan, Husna keluar lagi membawakan minuman. Cuma kali ni dia nampak lain sket, senyum pun biasa-biasa je..
Aishh.. Aku ni dah salah niat nih. Datang sini nak mengajar ke nak tengok dia?? Ya Allah luruskanlah niat aku ini.. Amiin.
Ok la aku ngaku la, first time tengok dia aku da mula sangkut a.k.a. minat. Orangnya sedap mata memandang, sopan je. Pakaian pun terjaga, labuh. Dengar citer belajar pun hebat jugak. Family dia pun baik, mudah mesra.. Ape lagi nak? Tapi tak tau la dia sangkut tak kat aku.. Huhu.
Masa pantas berlalu. Dah agak lama aku tak terserempak ngan Husna kat dalam bas. Tapi kat rumah dia ade je. Mungkin tak terkebetulan kot. Aku lak makin lama makin rapat ngan ayah dia. Oh lupe, aku panggil dia pakcik Hashim. Tak tau la, serasi kot. Minat kitorang pun sama, Formula 1 ngan bola sepak. Cuma minat team lain-lain. Haha. Kadang-kadang dia ajak aku keluar tengok bola skali kat kedai makan. Dia kata kat rumah tak best, sebab tade anak lelaki dewasa. Anak bongsu dia je lelaki. Tu pun baru darjah 4.
Pernah gak dia berseloroh ngan aku, “kau ni dah ade perancangan nak kawin ke? Umor makin bertambah. Muka hensem cani, dah ade calon ke?”. Belum sempat aku jawab, dia sambung lagi, “kalau takde, anak pakcik pun ramai.. Ngahaha”, katanya dengan muka selamba… Perghh! Terus aku tak terjawab. Aku tahu dia gurau-gurau je pun.
Akhirnya setelah masa berlalu, adik aku, Nisa dan kawan-kawan seangkatan diorang pun dah tak lama nak exam SPM.. Lagi seminggu. Masa tu pun dah tade tuisyen, sebab elok diorang praktis sendiri. Itu pun aku cakap banyakkan rehat, tak payah lagi praktis banyak-banyak.
Jadi, tugas aku sebagai cikgu tuisyen pun kira selesai lah. Cuma bawak bas ngan ngajar mengaji Quran je skarang. Aku plan sampai awal tahun depan je, sebab nak sambung balik tahun akhir aku kat UTM. Tapi sebelum tu, ada 2 perkara lagi tak setel….
Satu petang yang dingin beserta angin sepoi-sepoi bahase (ayat novel), aku memberanikan diri mengajak pakcik Hashim keluar lepak-lepak. Dia kata lepak je kat rumah dia, senang.. Tapi aku lak yang segan. So aku ajak jugak dia keluar. Padahal aku nak tanya dia pasal Husna! Ngeh3…
“Hahahaha.. Kau suka kat Husna ke? Pakcik ingat yang sorang lagi..”, jawab pakcik Hashim setelah aku berterus-terang.
“Aik, sorang lagi yang mane? Takkan si Nisa kot? Budak lagi tu”, bisik hati aku..
“Alhamdulillah, pakcik pun memang berkenan pun ngan kau ni. Cuma iye la, kami ni pihak perempuan, segan nak bertanya dulu. InsyaAllah, nantii pakcik tanyakan pada Husna. Pakcik rasa dia pun takkan menolak..”, kata pakcik lagi yang memberikan 1001 harapan pada aku. Kemudian dia citer la serba sikit pasal Husna – kat mana blajar, dan bla bla bla lagi..
Dalam hati takyah citer ar, hepi giler. Rasa nak peluk je pakcik Hashim kuat-kuat! Sempoi la pakcik. Jauh di sudut hati, aku syukur sangat pakcik Hashim sudi terima aku, walaupun sorang driver bas henti-henti je. Skarang tunggu jawapan daripada Husna je!
Aku bagitau, kalau Husna setuju, aku nak minta mak ayah aku datang merisik dan bertunang hujung tahun ni.. 3 hari lepas tu, akhirnya keluar jugak keputusan daripada Husna.
…………
Dan jawapannya adalah.. MENOLAK!!
Aku masih ingat, tarikh hari tu 11 November.. Suatu tamparan yang sangat hebat pada aku. Tipulah kalau aku kata, dulu aku yakin 100% Husna akan terima aku. Tapi aku sangat-sangat berharap dia akan terima…
Arghh!!
Dan yang lebih memeritkan, alasan yang Husna beri adalah – kerana aku cuma driver bas je! Ayah dia pun tak menyangka akan keputusan Husna ngan alasannya itu. Tapi dia tak mahu memaksa. Jadi dengan berat hatinya semua ini disampaikan sendiri oleh pakcik Hashim kepada aku.
“Janganlah kecewa sangat nak, insyaAllah ada yang lebih layak menanti kamu..”
Fuhhh…
2 minggu lepas kejadian tu, pakcik Hashim ajak keluar lepak-lepak kedai makan. Sambil tengok Arsenal lawan ngan Birmingham City. Nasib baik Arsenal menang malam tu, hepi sikit aku rase. Pastu on da way balik, kami borak-borak la. Ni naik kete abah aku, pastu gi ambik pakcik kat rumah dia tadi. Nak kene hantar balik la ni..
“Cane sekarang, sedih lagi ke? frust lagi? Hahaha..”, selambe je dia tanya. Pastu gelak-gelak lak. Padahal yang pompuan tu anak dia sendiri, malu la aku. Adeh.
“Ishk pakcik ni, mane x sedih.. Sedih giler, frust sampai dah x lalu makan ni. Tadi pun saye order roti kosong je. Tengok, kan saye dah kurus skarang!”. Aku saje je jawab camtu, nak tengok respon dia. Muka nampak terkejut tu. Haha..
“Banyak la kau punya kurus. Memang dah lame kurus pon! Jangan nak salahkan anak aku lak!”, dia balas balik. Pastu kitorang gelak besar.. Haha, sempoi la pakcik ni. Kan best kalu dia ada lagi sorang anak pompuan, still bleh jadi papa mertua aku.. bisik aku dalam hati. Hoho.
Dia sambung balik, “Ala, takpe la.. Bukan jodoh korang la tu. Tapi bleh pakcik tanya satu benda?”
“Ape pakcik?”
“Betul ke kau ni nak keje driver bas sampai bila-bila? Aku tengok gaya kau cam orang berpelajaran tinggi. Nampak selekeh sket ni pun sebab tak pandai bergaya je..”, sempat lagi perli aku. Tapi pertanyaan pakcik Hashim tu membuatkan aku kaget, terkejut.. Tak sangka dia akan tanya cani.
“Baik kau citer je direct kat pakcik, takyah nak buat muka pelik!”, alamak dia tahu taktik aku. Macam bleh baca je aku cam nak mengelak. Hoho. Ye la.. Mata orang tua takleh tipu.
“Hahaha, pakcik ni.. Saya dulu belajar biasa-biasa je. Tapi tanak ar citer, bukan citer menarik pun”, aku cuba play safe.. Hoho. Pastu aku buat-buka muka tensen.., terus pakcik Hashim dah tak tanye lagi. (Yes!! taktik menjadi)
“Esok malam datang rumah pakcik okeh, ade hal sket..”, tetiba pakcik Hashim pesan sebelum dia turun dari kete. Tak sempat aku tanya dia terus masuk rumah. Psycho tol la pakcik nih. Pasal ape ntah..
Dipendekkan citer, malam esoknya aku gi la rumah dia. Aku bawak adik aku Teh skali, teman.. Malu dowh pegi sorang.
“Betul ke yang kau jumpa dalam bas tu Husna? Yang kau suka tu Husna? Tak silap orang?”, tetiba dia tanya ngan muka seyes. Aku ingat bab ni dah setel, rupanya ade lagi. Pertanyaan pakcik ni buat aku rase lain macam sangat.
“Ape maksud pakcik?”, aku tanya balik.
“Skarang anak-anak pakcik tade kat rumah. Nisa pun ade dalam bilik, jadi biarlah pakcik terus-terang je.. Pakcik ngan makcik senarnya ade 4 orang anak.. Yang bongsu lelaki, dan yang lain sume pompuan dan comel-comel (sempat lagi); Ayatun Nisa’, Ayatul Izzah dan yang sulung Ayatul Husna. Izzah dan Husna adalah kembar, seiras!”
“Husna baru je abis buat Degree kat UiTM. Izzah lak ngaji doktor kat Ireland nuu (dangan wajah bangga). Ade lagi setahun stengah nak abis. Yang kau jumpa dalam bas dulu, yang bawak keluar air minuman dulu, itulah si Izzah. Kebetulan dia balik cuti sem masa tu. Dia yang citer kat pakcik. Dan pakcik rasa kau tak penah pun jumpa Husna. Tapi cane ntah nama Husna yang kau sebut.. Kesian Izzah.. Haha. Ni mesti dapat maklumat dari sumber yang meragukan nih. Hohoho.. Husna pun ade slow talk ngan pakcik, makcik.. Dia kata senarnya dia dah ade pilihan sendiri, itu yang dia reject kau dulu.”
“So cane, kau nak Izzah ke Husna lagi”, pakcik Hashim akhiri ceramah dia ngan pertanyaan yang buat aku rase nak lari balik je. Dah la aku pening lagi ngan penjelasan dia.. Ade kembaq rupenye.
Pakcik Hashim sambung lagi, “Cani la, pakcik kan penah cakap dulu, pakcik memang suke ngan kau ni. Jadi sebelum Izzah nak balik Ireland ni, pakcik ade tanya dia – kalau kami nak jodohkan dia ngan kau, nak ke tak? Tak kisah ke budak selekeh je, driver bas je?, bla bla bla sume pakcik tanya.. Pastu Izzah cuma jawab;
“Kalau abah dan ibu suka, Izzah follow jer. Yang paling penting adalah agama dia.. Kaya dan berpangkat belum tentu hidup bahagia.., kan?”
………..
Owh.. Hatiku kembali berbunge-bunge. Wink2~ Misi tercapai! Dapat doktor gitu..
Dipendekkan citer, kami dan keluarga masing-masing setuju untuk mengikat tali pertunangan awal tahun nanti. Dan kawin insyaAllah lepas dia graduate (dan aku pun graduate skali lah). Haah, aku belum lagi bagitahu family diorang yang aku pun akan sambung pengajian awal tahun depan.. Lek luu~
Baru tunang je pun, nak uji dulu kesetiaan dia. Mane tau tengah-tengah jalan nanti hati dia berubah dan tanak kawin ngan driver bas.. (Hep!! jangan la doakan..) Tapi memang takkan kawin ngan driver bas pun.
Brrr..
3 minggu selepas pertunangan, Izzah kembali ke Ireland. Itu la last kami jumpa. Jumpa je la, berkata-kata sepatah pun tak. Sebab tade keperluan kot. Aku sendiri pun dah sambung pengajian masa tu. Tapi sebelum tu, aku dah citer hal yang sebenarnya kat pakcik Hashim – pasal pengajian aku.
Tanpa berselindung, aku pun citer la kat pakcik Hashim – aku ni student UTM, amik senibina, skarang study leave, ade lagi setahun, ni dah nak sambung balik, bla bla bla.. blur blur blur… Sampai sepatah pun dia tak menyampuk, excited bebenor!
Bila habis aku story, dia tanya nape tak bagitahu Husna masa merisik dulu? Aku pun citer, memang tanak bagitahu pun sebab aku tanak dia pilih aku bersandarkan ape yang belum pasti (Degree), tapi biarlah sebab ape yang aku ade mase tu. Lagi pun teruk sangat ke kerja driver bas? Biarlah tak sebesar gaji engineer ke, cikgu ke, tapi tetap keje dalam aircond! Bas aku dah ade aircond skang.. Haha.
Aku memang nak uji Husna pun. Kalau dia sudi terima aku dalam keadaan aku seorang driver bas, pastu dengan agak selekehnye, maksudnya dia memang ikhlas. Kalau dia terima sebab aku bakal seorang arkitek, tapi ditakdirkan jatuh susah di kemudian hari, adakah dia sanggup bersama aku masa tu?? Ce jawab, ce jawab, ce jawab..
Tapi alhamdulillah Allah berikan pada aku yang lebih baik – Izzah, yang sudi menerima aku seadanya. Cuma aku minta pakcik Hashim jangan bagitahu kat Izzah lagi benda ni. Biar dia ingat aku masih bawak bas.
Penah jugak aku hantar emel kat Izzah. Tapi langsung tak berbalas. Facebook pun aku tak sure ade ke tak. Lepas 2 bulan aku dah geram apsal la minah ni poyo sangat. Aku tanye kabar je pun. Ke dia memang tak suka kat aku? Akhirnya suatu hari dia balas, tu pun lepas 4 kali aku hantar emel! Yang last tu memang tulisan aku emo gile. Tensen. Tapi tulisan dia tu membuatkan aku sedar diri dan rasa bersalah sangat.
Nak tahu dia tulis ape? Ni aku dedahkan;
Waalaikumussalam w.b.t. untuk salam-salam awak selama ini.
Maafkan saya kerana mendiamkan diri
Menyepi dari membalas surat yang diberi
Bukan kerana ada perasaan benci
Jauh sekali kesal dengan ikatan pertunangan ini
Telah lama saya yakinkan diri
Bahawa awaklah bakal suami
Bukan sebarangan orang tapi hebat sekali
Apatah lagi ibubapa pun telah merestui
Namun sebelum kita punyai ikatan hakiki
Eloklah rasanya kita menjaga diri
Dijauhkan dari berhubung semahu hati
Bimbang kerana syaitan sentiasa menanti-nanti
Menjerat hati kita yang mudah lalai
Membuat kita rasa indah sekali
Bila dapat meluahkan isi hati
Walaupun belum bergelar suami isteri
Tak perlulah bertanya setiap hariTeettt!!! Malu giler rasa.. Hohoho. Tapi aku faham apa yang dia maksudkan. Dan aku lega dengan pendiriannya. Alhamdulillah. Lepas tu aku da tak balas lagi. Sebab memang tade keperluan yang penting pun. Lepas hari tu, aku dengan kehidupan aku, dia ngan kehidupan dia. Cuma kekadang contact la ayah dia tanya kabor..
Sihatkah atau tidak saya di sini
Jika tiada keperluan yang penting lagi
Biarlah dulu kita dengan kehidupan sendiri
Wassalamualaikum.
Namun, kita hanya merancang tapi semuanya ditangan Tuhan. Sebulan sebelum Izzah bakal menamatkan pengajiannya, aku mendapat berita dia terlibat dalam kemalangan jalan raya! Pakcik Hashim yang hubungi aku. Tapi masa tu belum tahu sejauh mana keadaan Izzah. Kemudian banyak kali aku call pakcik Hashim semula tapi tak dapat. Jadi aku terus balik ke kampung berjumpa family mereka.
Alangkah menangis hati aku bila mereka mengesahkan Izzah telah meninggal dunia akibat kemalangan itu. Ya Allah, waktu itu aku rasa lemah sangat. Tapi apalah sangat kesedihan aku jika nak dibandingkan dengan pakcik Hashim sekeluarga. Sebelum ini aku sangat meyakini bahawa jodoh itu memang milik kami berdua. Kami akan tetap disatukan, tiada apa yang akan menghalang. Tak pernah terlepas untuk aku berdoa selepas solat agar kami dipelihara dan akan selamat diijab-kabulkan. Namun rupanya bukan itu jalan yang Allah sediakan buat kami.
Aku redha, tapi bukan sekejap waktu aku perlu untuk menerima semua ini seikhlasnya. aku selalu terbayangkan Izzah yang sangat terjaga agamanya, pakaiannya, tutur katanya, patuhnya dia kepada ibubapa, cantik – siapalah yang mampu mengganti..
…….
Jenazah Izzah telah selamat dikebumikan di sana, menurut pakcik Hashim. Kebetulan urusan di sana dipermudah kerana Izzah punya banyak kenalan orang tempatan. Lagipun jika dibawa pulang ke Malaysia, akan memakan masa yang agak lama. Sedangkan jenazah sebaiknya dikebumikan secepat mungkin.
Hari-hari aku selepas itu juga berubah. Ketika itu aku dah pun tamat pengajian dan telah bekerja. Jadi aku bercuti agak lama untuk berada di kampung dan selalu menziarahi keluarga pakcik Hashim. Hanya itu yang mampu aku buat untuk memberikan semangat pada mereka. Seisi keluarga terutama Husna sangat terkesan dengan pemergian Izzah, apatah lagi pusaranya pun tiada di sini sebagai pengubat rindu. Kehilangan adik kembarnya sangat mengejutkan dia. Kami semua hanya mampu berdoa selalu agar roh arwah Izzah aman di dunia sana. Aku?
Aku rasa terkilan sangat, kerana kami tak pernah berhubungan. Tapi mungkin itulah yang terbaik untuk kami. Aku masih ingat, hanya 2 kali arwah tersenyum pada aku – ketika pertama kali berjumpa dalam bas, dan ketika dia menghidangkan minuman sewaktu aku mengajar tuisyen di rumahnya.
Ketika hari pertunangan pun, dia hanya menundukkan pandangan, langsung malu untuk bertentangan mata dengan aku. Begitu juga sewaktu menghantarnya ‘kali terakhir’ di lapangan terbang dulu.. Tiada senyuman, sekadar merenung kepadaku. Tapi, raut wajahnya tetap jelas dalam ingatan aku.
Aku sendiri tak sangka, yang aku tersangat memikirkan arwah. Hinggakan.. Aku menulis surat dan hantar ke emel dia! – walaupun aku tahu tiada siapa yang akan membuka, atau membacanya..
Buatmu.. Ayatul Izzah binti Mat Hashim,
Maafkan aku kerana tetap menulis perasaaku
Walaupun dulu kau pernah menegahku
Walaupun ku tahu kau takkan membacanya
Tapi aku sudah buntu mahu meluahkan pada siapa
Maafkan aku tetap memikirkanmu
Walaupun kau telah pergi jauh dariku
Walaupun sudah tiada lagi jodoh kita berdua
Tapi aku sudah buntu untuk melupakanmu
Maafkan aku tetap menyintaimu
Walaupun kita tak pernah bercinta dulu
Walaupun pertemuan kita cuma sekali dua
Tapi aku sudah buntu untuk membuang perasaan itu
Maafkan aku tetap akan menunggumu
Walaupun sampai bila aku tak tahu
Walaupun penantianku mungkin sia-sia
Tapi aku sudah buntu untuk menyintai wanita selainmu..
Salam sayang, dan kita tetapkan bersatu.Tak lama selepas itu, keadaan menjadi semakin pulih. Aku pun dah kembali bertugas. Keluarga pakcik Hashim pun semakin baik keadaannya. Sejak peristiwa itu sampai sekarang, hal perkahwinan aku dan arwah Izzah langsung tak disentuh. Mungkin pakcik Hashim tahu yang aku memang mengerti dan tade ape yang boleh mengubah takdir.
Hampir setahun berlalu.. Aku kini gemar berfacebook, seperti orang lain gak kot. Aku banyak meluahkan isi hati aku kat sana. Tulisan aku seolah-olah tersangat ‘down’ dengan apa yang menimpa. Yang membuatkan hati aku sedikit gembira, ada sorang friend yang sangatlah suka memberi motivasi pada aku. Dia selalu ingatkan, musibah yang kita lalui mungkin jauh lebih kecil berbanding orang lain. Menurutnya, dia sendiri pun diuji dengan kedua-dua kakinya lumpuh. Mujurlah dia punya sahabat-sahabat yang selalu membantu dan memberikan sokongan.
Antara yang dia penah tulis, “selalulah berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan ditunjukkan hikmah atas apa yang terjadi. Orang yang bersabar pasti akan menerima ganjaran yang setimpal oleh Allah..”
Suatu hari ketika aku balik kampung bercuti, aku singgah jap ke rumah pakcik Hashim. Dalam borak-borak kosong tiba-tiba dia tanya pasal arwah. Sebak gak la aku rasa.
“Kau dah ade pengganti Izzah?”, tanya dia.
“Ntah la pakcik, tak terfikir pun.. Saya rasa takde orang boleh ganti dia”, aku jawab dengan nada yang lemah.
“Kalau Husna?”, pakcik Hashim tanya lagi.
“Hah! Husna? Bukan dia dah ada pilihan dia sendiri ke pakcik?”, aku masih terkejut dengan pertanyaan tu.
Sambung pakcik, “Itu dulu.. Tapi dia bagitahu pakcik, dia sayu, kagum melihat kesetiaan kau pada arwah Izzah. Kau tetap macam dulu, seolah-olah kau sedang tunggu dia pulang semula. Tapi itukan tak mungkin berlaku.. Mungkin Husna dan Izzah tu 2 orang yang berbeza. Tapi mereka adik beradik kembar, wajah mereka seiras. Kalau Husna dapat menggantikan tempat Izzah di hati kau, dia sanggup!”
Urgh..
……………
Aku terdiam mendengar kata-kata pakcik Hashim. Tak tahu cane nak terangkan kat dia.. Yup, Izzah dan Husna memang kembar, seiras giler. Aku pun tak tahu kat mana beza diorang. Pakaian pun sama pesen. Mungkin itu la hasil didikan ayah diorang. Yang lain aku tak sure la. Percakapan ke, perangai ke.. Aku tak tahu. Ketika pernah bersemuka ngan kedua-duanya sewaktu hari pertunangan kami lebih 2 tahun lepas pun, memang tade beza. Cuma hari tu Izzah pakai grand sikit sebab dia yang nak tunang mase tu.. Huhu. Kalau family diorang kata yang ni Izzah, yang tu Husna, aku memang terima bulat-bulat je.
Tapi, bukan paras rupa yang menjadi sebab aku sukakan Izzah. Walaupun ade orang lain yang seiras dia, mereka tetap bukan Izzah!
“Pakcik, mereka bukan orang yang sama. Izzah tetap Izzah. Saya sendiri tak tahu cane nak terangkan, nape saya suka dia. Tapi bukan semata-mata kerana rupa dia. Walaupun mungkin dia tak secantik dia dan Husna skarang pun, saya tetap akan cintakan dia..
Saya tak tahu pakcik, tapi saya seperti dapat rasakan yang Izzah masih ada.. Dan saya takkan cari pengganti dia…”, ringkas aku terangkan pada pakcik Hashim.
“Hahaha.. Kau cakap macam orang dah tak siuman! Kan dia dah tak ade.. Jangan siksa hidup kau macam ni sekali”, kata pakcik Hashim sambil tersenyum kelat, dan raut wajahnya tampak agak kecewa.
Dia sambung lagi, “Tak ape la nak, pakcik tak halang. Bukan hak pakcik pun. Cuma pakcik kesian, Husna pun, tengok kau macam ni.. Menanti bunga yang dah lama mati!”.
Rupanya Husna ada disebalik langsir dapur rumah. Aku terpandang dia. Kelihatan matanya kemerahan, namun cepat-cepat dia masuk semula ke dapur. Mungkin dia kecewa mendengar apa yang aku katakan tadi. Maafkan aku Husna.. Aku rasa tak mampu untuk menyintai orang lain, selain adik kau Izzah. Dan aku pun tak mahu kau cintakan aku atas dasar simpati, bukan ikhlas dari hati.
Takdir yang menentukan, pertemuan aku dan kalian berdua. Takdir jua yang menentukan, tiada jodoh aku dan antara kalian. Tapi walau cuma seketika pertemuan aku dengan arwah Izzah, bagiku sungguh bermakna!
Malam-malam aku kat kampung, aku akan online lagi.. Aku pun dah lupa, berapa kali aku pernah hantarkan surat kepada emel arwah Izzah. Tapi selepas tu, aku cuma menulis di facebook saja. Lantak la sape yang nak baca. Aku bukannya letak nama betul pun. Yang penting aku dapat luahkan saja apa yang terbuku dalam hati. Bila ntah nak balik JB smula keje..
Tetiba aku dapat satu mesej – daripada Husna. Dia nak jumpa aku! Uish, tak penah-penah pun sebelum ni. Mungkin dia nak dengar sendiri ape yang aku penah cakapkan tempoh hari, tentang keputusan aku. Boleh je kalau nak jumpa. Aku setuju.. Cuma jauh dalam hati, aku tetap bimbang bila nanti bertentang wajah dengannya. Maklum la, dia tetap seiras arwah Izzah. Wajah itu pasti akan membuat aku jadi sayu.. “Ala, aku lelaki kot!! Sorok je la perasaan tu, buat muka biasa-biasa je!”, pujuk aku dalam hati.
Keesokannya, kami bertemu. Dia datang bersama adik bongsunya. Mungkin dirasakannya adiknya takkan mengerti apa yang akan kami bincangkan.. Sekadar menemani. Dan memang betul, Husna nakkan kepastian tentang pendirian aku.
“Betul awak nak tunggu Angah (nama panggilan Izzah) sampai bila-bila?”, tanya Husna. Pertanyaan yang aku dah agak.
“Em..”, jawab aku ringkas.
“Tapi dia kan dah mati!”, tiba-tiba Husna kelihatan emo.
“Aku tak rasa dia dah mati..”, balas aku.
“Betul ke memang tiada orang mampu ganti Angah? Ape lebihnya Angah??”, pertanyaan susulan Husna yang juga sudah aku duga.
“Tak tahu.. Aku tak tahu kenapa aku cintakan dia. Dan tiada orang yang boleh tempat dia!”, jawab aku sedikit tegas. Husna sudah pun lama mengalirkan air mata. Tapi aku tak pasti kerana apa. Serba salah lak aku jadinya.
“Kalau pun Angah masih hidup, tapi dia cacat, dah tak cantik, awak masih nakkan dia??”, tiba-tiba Husna bertanya lagi.
Namun kali ni aku tak mampu untuk terus menjawab. Soalan itu benar-benar buat aku tersentak. Rasa marah pun ada. Kenapa Husna sanggup tanya sampai camtu sekali? Nafas aku cuba kawal sementelah ia tiba-tiba menjadi pantas. Lidah aku kelu untuk berkata-kata. Bukan masih tiada jawapan, tapi aku betul-betul tak sangka pertanyaan itu akan keluar dari mulut Husna.
“Kenapa kau tanya camtu??”, aku tanya balik dengan berbaur agak marah.
“Jawab je la! Kenapa tak jawab?”, Husna membentak balik.
“….”, aku masih tak mampu redakan perasaan marah bercampur geram..
“Kenapa Husna tanya camtu?”, aku bertanya semula solan tadi. Tapi dengan nada lebih perlahan.
“Sebab awak kata, kalau dia tak cantik pun awak tetap cintakan dia, kan?”, jawab Husna lemah.
Tanpa sempat aku nak jawab, Husna menyambung kata-katanya. “Husna minta maaf, Husna tanya sebab kecewa.. Husna fikir awak boleh terima Husna sebab wajah seiras ngan Angah. Tapi rupa-rupanya Angah lebih istimewa berbanding wajah dia…”, terang Husna. Lalu dia terus berlari meninggalkan aku, tanpa menunggu jawapan kepada soalannya tadi. Kemudian adiknya juga berlalu ke arah Husna.
…………
Malam itu, malam terakhir sebelum aku balik semula ke JB. Ketika asyik menyelak ‘home’ facebook, tiba-tiba aku terlihat akan sebuah gambar, ada 2 orang wanita. Salah seorangnya berkerusi roda. Sekali terpandang aku nampak cam biasa je. Tapi hati aku tiba-tiba berdegup kencang. Aku amati semula gambar tadi, seakan-akan mengenali salah seorang wanita itu. Pada gambar yang tak berapa jelas itu, kelihatan ada kesan parut pada wajahnya.
Tapi yang lebih mengejutkan, orang yang ditag pada gambar itu adalah orang yang selalu comment, beri kata-kata semangat pada aku di facebook. Aku kembali ingat, dia kata dia lumpuh kedua-dua kakinya. Aku buka profilnya, dan aku lihat lokasinya adalah Dublin!! Lebih mengejutkan bila kau terbaca salah satu statusnya;
Maafkan aku tetap akan menunggumuUngkapan itu sama dengan antara bait-bait surat yang pernah aku hantar pada emel arwah Izzah selepas kematiannya! Mustahil ada orang lain yang membacanya. Aku jadi makin teruja. Aku kembali amati gambar tadi betul-betul, dan aku tersentak lagi bila tersedar pemakaiannya sama saja seperti Husna dan Izzah!
Walaupun sampai bila aku tak tahu
Walaupun penantianku mungkin sia-sia..
Tuhan sajalah yang tahu perasaan aku waktu itu. Tiada siapa pada masa itu. Lalu tanpa aku sedar, air mata jantan aku menitis. Lagipun sudah lewat malam. Tanpa membuang masa, aku terus comment pada gambar itu. “Maaf, adakah nama awak Izzah?”.
Namun agak sekian lama aku tunggu, tiada yang membalas. Sudah hampir jam 4 pagi, tapi aku masih tetap tunggu. Lalu aku terfikir untuk solat sunat hajat pada masa itu jugak. Aku panjatkan doa benar-benar pada Allah – jika itu Izzah dan jika dia masih hidup, berilah aku petunjuk dan pertemuan dengannya. Jika bukan, berikanlah padaku kesabaran dan kekuatan untuk terima semua ini.
Selesai saja solat, aku kembali kepada laptop dan melihat gambar itu semula. Tapi sayang sekali, gambar tersebut sudah tiada! Nampaknya telah dibuangkan.. Ya Allah, adakah ini petunjukmu? Adakah itu bukan Izzah?
Tiba-tiba aku teringatkan Husna, terus saja aku telefon dia.
“Hello, Husna? Betul ke…”, dengan terburu-buru aku terus tanya bila Husna menjawab panggilan. Tapi cepat-cepat dia potong percakapan aku.
“Eh, nape ni pepagi buta call Husna?”, kata Husna. Terus saja lidah aku kelu. Tak tahu mana nak mula balik.
“Ehm.. Izzah belum mati bukan?”, akhirnya aku tanya soalan tu selepas agak lama membisu.
“Hah!!”, respon spontan Husna. Nampaknya dia terkejut dengan apa yang aku tanya. Tapi dia tak terus menjawab, sebaliknya hanya berdiam diri.
“Izzah belum mati kan?”, aku tanya lagi.
“Ape awak merepek ni?”, cepat-cepat Husna menyoal aku balik.
“Aku jumpa gambar dia. Dia berkerusi roda. Ada kesan kemalangan pada muka dia. Tapi aku yakin itu dia!”, jawab aku tegas.
“Baik kau terus terang je..”, gertak aku. Tapi tak lama, Husna mematikan panggilan tanpa sepatah jawapan pun.
Kenapa dia tak jawab langsung? Nampaknya memang ade sesuatu yang Husna sembunyikan dari aku. Keesokan pagi bila fajar mula kelihatan, aku terus saja bergegas ke rumah pakcik Hashim. Walaupun wajah aku lesu kerana semalaman tak mampu tido, namun hati aku terasa begitu segar, berbunga-bunga.. Bagai mendesak-desak untuk menzahirkan rasa bahagia.
Kelihatannya kedatangan aku memang dijangka mereka sekeluarga. Pakcik Hashim mempelawa aku masuk. Diajaknya bersarapan, seolah-olah tahu aku masih belum makan lagi. Tapi aku menolak dengan baik. Terus saja aku membuka persoalan yang tersimpan sejak awal pagi tadi, tapi persoalan itu bagaikan telah tersimpan begitu lama! Dan aku tak sabar lagi untuk mendengar jawapan dari mulut pakcik Hashim.
Namun seperti diduga, pakcik tak terus menjawab.. Dia bingkas bangun lalu masuk ke dalam. Ingin mengambil sesuatu, sangka aku. Sebentar kemudian pakcik keluar, dengan membawa beberapa keping surat!
“Ini.. Baca ni, bacalah semua…”, kata pakcik sambil menghulurkan surat-surat tu pada aku. Aku ambil saja semuanya tanpa menyoal.
“a.izzah89@gmail.com??”, itulah yang tertera sebagai alamat pengirim surat-surat tersebut!
Rupanya itu adalah surat-surat yang pernah diemel oleh Izzah kepada keluarganya. Sengaja pakcik print semuanya untuk aku baca. Satu persatu aku belek, aku baca sepenuh hati. Ah! Benar telahan aku selama ni.. Izzah masih hidup! Melihat saja aku selesai membaca surat-surat itu, pakcik Hashim terus membuka cerita.
“Maafkan kami sekeluarga, nak. Kerana rahsiakan semua ini. Tapi itulah permintaan Izzah..”, pakcik memulakan cerita.
“Memang benar Izzah terlibat dalam kemalangan jalan raya kat Ireland dulu. Tapi dia tak mati, dia selamat.. Cuma, kedua-dua kaki Izzah lumpuh, dan wajah Izzah pun cedera jugak akibat kemalangan tu. Sekarang hanya parut yang bebekas di sisi wajahnya. Izzah dah tak macam dulu, dah tak secantik dulu. Dia rasa tak layak sangat untuk terus ditunggu kau.”
“Jadi dia tekad, dia buat keputusan suruh kami sekeluarga bagitahu kau yang dia telah meninggal dunia. Itu lebih baik bagi Izzah, kerana dia tak mahu menjadi beban kepada kau. Dia harap kau dapat cari pengganti yang lain, sementara dia terus menetap kat kat untuk menjalani rawatan. Lagipun teknologi perubatan di sana lebih baik dan Izzah sendiri pun memerlukan sokongan moral dari sahabatnya di sana, kerana dia sendiri pun bakal menjadi seorang doktor. Alhamduillah, semuanya berubah menjadi lebih baik. Izzah pun semakin pulih dan selalu berhubungan dengan keluarga melalui emel.”
“Tapi lepas sekian lama, kau masih tak berubah untuk menunggu dia. Jadi, Izzah meminta kakaknya Husna untuk cuba memenangi hati kau dan menjadi penggantinya. Tapi rupanya kau tetap menolak. Kau masih anggap Izzah akan kembali.”
“Adakah sampai saat ini kau masih cintakan Izzah?”, tanya pakcik Hashim mengakhiri penjelasannya.
Aku masih buntu sejak tadi, bila mendengar penjelasan tu. Tak tahu cane nak gambarkan perasaan aku waktu tu. Sedih, marah, gembira, bersyukur, semua bercampur. Doa aku selama ni akhirnya Allah makbulkan. Izzah belum mati.. Izzah masih hidup!!
“Izzah kat mana skarang pakcik?”, tanya aku tanpa mempedulikan pertanyaan pakcik Hashim tadi. Pakcik Hashim menarik nafasnya panjang-panjang.
Lalu, “Angah! Keluar nak…”, panggil pakcik Hashim.
Ya Allah! Aku terkejut mendengar panggilan itu. Angah itu Izzah! Hati aku jadi tak keruan. Aku tak tahu nak cakap ape, nak buat ape.. Sebentar kemudian, kelihatan suatu susuk tubuh manusia keluar dari tirai biliknya, dengan berkerusi roda yang disorong oleh Husna. Ya Allah.. Ayatul Izzah!
Rupanya Izzah baru saja pulang ke tanah air setelah proses pemulihannya selesai di sana. Dia akan terus berehat dan dirawat di sini hingga benar-benar pulih.
Aku tatap wajah Izzah dalam-dalam. Dia masih tertunduk. Lama-kelamaan baru berani mengangkat wajahnya, perlahan-lahan.. Pada wajahnya telah tertumpah air mata. Pada wajahnya juga terlihat akan parut kesan kemalangan. Namun tidaklah seteruk mana bagi aku. Akhirnya terbit juga senyuman diwajahnya. Itulah senyuman yang pernah aku lihat ketika pertama kali bersua dengan Izzah di dalam bas dulu. Tetap sama! Aku hanya mampu tersenyum kembali. Aku bersyukur padaMu, Ya Allah!!
Akhirnya, aku dan Izzah bersatu jua! Kami diijab-kabulkan pada 4 Januari 2011, sebulan selepas pertemuan itu. Pada hari bersejarah itu, masih terngiang-ngiang kata-kata pakcik Hashim (opss, skarang dah jadi ayah);
“Mula-mula dulu, kau yang nak uji Izzah. Kemudian, Izzah pula yang uji kau.. Hahaha”.
Kata-kata itu aku sambut dengan gelak ketawa. Tapi Izzah yang berada di sisi aku tak memahami maksud ayahnya. Lagi la membuatkan aku dan ayahnya ketawa besar.
“Kalau kau nak tahu, laki kau sekarang ni dah tak bawak bas dah.. Dia bawak kertas-kertas lukisan lak skarang..”, kata ayah yang masih mahu berlapik-lapik. Izzah masih kelihatan bingung. Rupanya mati-mati dia sangka aku masih seorang driver bas. Pandai betul ayahnya simpan rahsia.. Haha. Kesian plak tengok dia blur-blur, jadi aku pun explain la..;
“Dulu awak bertunang dengan seorang driver bas. Tapi hari ni awak berkahwin dengan seorang arkitek..”, terang aku dengan senyuman.
“Kalau awak tak faham gak, nanti malam ni saya citer okeh? Cuma satu saya nak bagitahu awak, terima kasih kerana menerima saya seadanya…”, kataku.
…. Inilah jalan cerita hidup aku. Alhamdulillah sekarang kami hidup bahagia sebagai suami isteri.. Saling melengkapi ...
Berkongsi dengan: http://kerangs.net/humor-2/aku-hanya-driver-bas/
0 comments:
Post a Comment