SB: weh tak baik dow ko tipu awek ko, dia ikhlas sayang ko, tp ko plak curang kat blakang dia..ko tak rasa bersalah ker?.
KP: Alah, rilek ah..aku bkan ader ape2 ikatan pun, lagi pun aku ngan dia tue kawan jer, aku tetap sayang awek aku..
SB: Mcm tue plak?, abis yang ko kehulu hilir bawak pompuan yang ko cakap "kawan".. itu ko cakap kawan, sedar lah diri sikit, ko tengok lah nnti, satu hari nnti ko plak kener mcm awek ko..tengok lah nnti..
KP: Rilek luu, chill2 jer, kalo aku kener, ape dehal..carik lain plak..market aku tinggi aper, takat nak carik awek tue petik jer dpt...siap boleh tipu2 lg deworng tue...
Adushh..nie petikan dialog geng aku, kalo sumer lelaki mcm nie, lamer2 orang pompuan dah tak cayer kat lelaki lagi dowh.. silap2 deworg wat perhimpunan mcm BERSIH 2.0 baru2 nie, wat pakatan benci lelaki..haaa baru korang tahu..best ke tak best tipu pompuan..
Ada sesetengah tue bukan salah kaum pompuan penyebab deworg kener tipu dan ader sesetengah pompuan nie lak mmg deworg sajer carik pasal nak kener tipu ngan lelaki..
korang patut tahu yang lelaki nie ader, akal 9 + 1 nafsu + 5 ego + 6 ade kudrat + 4 hati + 5 perasaan 6 sifat lelaki + 4 sifat perempuan + 6 sifat bapa + 4 sifat keibuan jika dibandingkan dengan orang pompuan..dan untuk menjadikan nya 100%, perlu ada seorang perempuan kat samping lelaki baru lah kehidupan lelaki tue seimbang..Jadi lelaki dan perempuan tue sama2 penting atas muka bumi nie..nak wat aper tipu deworg..ko taknak berbini ker?
Entry kali nie aku nak share sikit jenis-jenis pompuan yang mudah sangat kener tipu ngan lelaki..
Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki
Nak percaya boleh tapi agak2 lah, baru first time jumpa da terus percaya bulat2. Sayang punya pasal, jadi apa saja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah 100 peratus. Bukan kena percaya pasangan separuh atau tidak sepenuhnya tetapi jangan mudah percaya membuta-tuli dan menerima apa saja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.
Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gajinya sebanyak RM1,000 sebulan bersih. Anda pula memang tahu status kewangan dan cara perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup saja.
Satu hari, dia belikan anda cincin emas berharga RM700. Anda tanya, mana dapat duit, dia kata lama menyimpan untuk memberi anda kejutan. Boleh terima.
Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gajinya sebanyak RM1,000 sebulan bersih. Anda pula memang tahu status kewangan dan cara perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup saja.
Satu hari, dia belikan anda cincin emas berharga RM700. Anda tanya, mana dapat duit, dia kata lama menyimpan untuk memberi anda kejutan. Boleh terima.
Bila anda tengok pakaiannya pula, semuanya berjenama. Dia mula berbelanja sakan dan untuk anda pun, macam-macam barang dia belikan. Anda tanya lagi, mana dapat duit? Dia jawab, ada berniaga dengan kawan. Anda terus percaya.
Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya apa yang ditanya atau diragui pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan saja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa saja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?
Jadi, jika anda berasa ragu, tanya pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuai. Percaya sepenuhnya atau sebarangan boleh meletakkan anda dalam bahaya.
Wanita yang 'terdesak' untuk berkahwin
Ini masalah sikit, kejar cita-cita punya pasal, last2 jadi andartu.. Usia yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, wanita berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat usianya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.
Risau usia semakin meningkat, ditambah pula dengan tekanan daripada ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika berkahwin lambat.
Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh 'terlepas pandang' mengenai sikap, kualiti dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.
Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya, secara tidak langsung bermakna mereka mempunyai tahap kewangan yang stabil. Ini memungkinkan wanita begini menjadi mangsa 'buaya profesional', yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini.
Kalau anda wanita seperti ini,
ingat: biar lambat, asal selamat!
Wanita 'sosial'
Wanita 'sosial'
Wanita yang sosial berkawan mengalahkan lelaki. Kalo ramai kawan pompuan tue x kesah lah jugak, nie kawan lelaki, pondan, lesbian, nyah, gay sumer nak kawan. Itu nama nyer carik pasal. Wanita sosial nie suka pada hiburan malam, berparti, disko, pergaulan bebas dan berpegang pada falsafah 'masa muda inilah nak berseronok dan rasa macam-macam', mereka sebenarnya 'mengiklankan' diri kepada spesies lelaki pemangsa wanita.
Bersosial tanpa batasan adalah antara resipi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu (dalam pelbagai aspek) oleh lelaki tidak bertanggungjawab. Sendiri buat sendiri tanggung lah..dah gedik2 ckp berkawan biar seribu, berkasih biar satu, bila dah kene tipu, sumer tergadai..nak salahkan lelaki plak..
Ingat , awak tue perempuan..Maruah korang mudah tercalar...
Wanita yang tidak mementingkan ilmu
Wanita yang tidak mementingkan ilmu
Ini pun satu masalah, wanita jenis nie slalu nya ckp "awak takder hak nak tegur apa yang saya buat, saya bukan budak2 lagi boleh buat itu, xboleh buat ini, saya dah besar okey.."
wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal.
Wanita berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak 'terpilih' lelaki penipu dan berbahaya. Jika dia 'terjebak' sekali pun dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Wanita berilmu juga bermaksud wanita yang tahu haknya sebagai wanita dan isteri. Wanita yang berilmu berani 'membetulkan' keadaan dan mempertahankan haknya apabila perhubungan atau perkahwinannya terganggu atau diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.
Wanita berilmu mampu menjadi pasangan atau isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan atau suami.
Wanita berilmu juga bermaksud wanita yang tahu haknya sebagai wanita dan isteri. Wanita yang berilmu berani 'membetulkan' keadaan dan mempertahankan haknya apabila perhubungan atau perkahwinannya terganggu atau diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.
Wanita berilmu mampu menjadi pasangan atau isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan atau suami.
Aku pun suker dgn wanita yang berilmu, berilmu dari segi kerasionalan dalam setiap keputusan nyer..
Wanita yang memandang faktor fizikal sebagai satu ciri utama pada lelaki idamannya
"Giler hensem mamat nie, jadik balak aku nie, kompom sumer jeling..Bangga giler aku..." bangga lah sangat...
Mudah jatuh cinta dengan lelaki kacak, comel atau macho serta mempunyai susuk tubuh yang menggoda?
Wanita perlu ingat, semakin kacak dan seksi seseorang lelaki itu, semakin usaha perlu digandakan meningkatkan 'sistem pertahanan diri'.
Perlu diingat, paras rupa dan susuk tubuh tidak sepatutnya menjadi ciri utama lelaki idaman wanita. Ia seharusnya hanya menjadi ciri bonus yang ada pada lelaki.
Wanita yang sabar tidak bertempat
Ini satu lagi masalah, Wanita seperti ini boleh dikategorikan sebagai jenis yang selalu 'makan hati berulam jantung' atau mungkin juga 'makan tangan berulam kaki'. Dia didera secara mental dan fizikal oleh pasangan, tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan atau suaminya, tetapi masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar, dia terseksa dan tertekan.
Wanita begini sentiasa berharap pasangannya akan berubah pada satu masa nanti. Tidak salah bersabar tetapi jika kesabaran itu akhirnya membawa mudarat kepada diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.
Terus bersabar walau diperlakukan apa saja oleh lelaki atau pasangan seolah-olah memberi 'lesen' kepada pasangan untuk terus mendera, menipu dan menghina maruah wanita. Ingat kata orang dulu-dulu.
Wanita begini sentiasa berharap pasangannya akan berubah pada satu masa nanti. Tidak salah bersabar tetapi jika kesabaran itu akhirnya membawa mudarat kepada diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.
Terus bersabar walau diperlakukan apa saja oleh lelaki atau pasangan seolah-olah memberi 'lesen' kepada pasangan untuk terus mendera, menipu dan menghina maruah wanita. Ingat kata orang dulu-dulu.
Sabar biarlah bertempat, awak tue manusia bukan tunggul atau punch beg..kalo nak jadik tunggul, jadik lah ketegori mcm nie..
Eh, lawa plak baby penguin nie
Sumber gamba: google sudahh....
2 comments:
fuh surat berantai nih..
hehe.takut jugak jadi andartu T_T
heheheee...jangan jadik mcm yg disebut kat atas tue, kompom x jdik andartu..hehehee
Post a Comment