Bersediakan korang untuk menyambut bulan ramadhan yang akan menjelang tiba dalam 5 hari lagi?. Sanggupkah korang tinggalkan makan minum pada siang hari sempena bulan yang mulia nanti?. Adakah korang berazam bulan ramadhan kali nie, korang nak jadik yang terbaik dari ramdhan sebelum-sebelum nie?..tepuk dada jangan tanya perut..
Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan malam lailatul Qadr kerana iman dan mengharapkan pahala Allah maka ia diampuni dosanya yang telah lampau” -Hadith Sahih Bukhari-
Dari Anas, ia berkata: Ubadah bin Shamit memberi khabar kepadaku bahawasanya pada suatu hari Rasulullah s.a.w. keluar untuk memberitahukan tentang bila berlakunya Lailatul Qadr. Kebetulan Baginda bertemu dua orang muslim yang saling berbantah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda
“Saya keluar untuk mengkhabarkan tentang terjadinya Lailatul Qadr. Kebetulan saya melihat dua orang sedang berbantahan, maka saya terjadi lupa. Mudah-mudahan kelupaan tersebut berguna untuk anda sekalian. Carilah Lailatul Qadr tersebut pada hari ketujuh, kesembilan dan kelima” (yakni 27, 29, 25 Ramadan). -Hadith Sahih Bukhari-
Dalam banyak kitab-kitab terdapat beberapa jangkaan yang dibuat berhubung tarikh bilanya berlaku Lailatul Qadr. Untuk memudahkan korang, kat bawah nie ada gambarajah yang boleh digunakan sebagai panduan. Semoga berguna hendaknya. klik gamba kalo tak nampak...
^Amek ko wordless lah sgt, penuh ngan tulisan...wahahhaa...layannn.. ^
gamba: [link]
0 comments:
Post a Comment