Pada zaman sekarang sering terpapar kat kaca tv kisah suami isteri masuk court, topik nyer pasal cerai, Dan enSB pun pernah mendengar luahan seorang gurlz, dia luahkan perasaan takut untuk berumahtangga.
katanya,
Jadik, enSB pun terpanggil untuk memikirkan kenapa sekarang keadaan tue banyak terjadik, kenapa dulu menda-menda nie jarang berlaku?? atau orang moden cakap, "really rare to happen" .Dia takut kawin sebab sekarang dia selalu dengar pasal kawen kejap lepas tue cerai, pergaduhan dalam rumahtangga, poligami dan macam-macam lagi perkara yang menimbulkan ketakutan dalam diri gurlz tue.
Carik punya carik, akhirnya enSB jumpa sebab dan solution yang mungkin boleh diguna pakai untuk mereka yang baru mendirikan rumahtangga..
Ini punca-punca tue,
Masalah Pasangan Baru Berkahwin
- Ekonomi belum stabil
- Konflik dan tekanan
- Mementingkan keluarga sendiri
- Tidak mengenali keluarga pasangan masing-masing
- Perbezaan kesanggupan dan keinginan
- Berpoligami dan bermadu
- Indah khabar dari rupa
- Gagal menyesuaikan diri dan berputus asa
- Hubungan kelamin
Ini mungkin boleh dijadikan penyelesaian,
Penyesuaian Suami Isteri di Awal Perkahwinan
- Menghormati pasangan
- Mengenalpasti persamaan dan perbezaan diri masing-masing
- Mengutamakan perbincangan
- Pengurusan rumahtangga diuruskan bersama
- Memberi perhatian dan kerjasama pada keluarga pasangan
Mengenali Kelemahan Diri
- Emosional
- Menuduh
- Cepat marah
- Cemburu buta
- Enggan mengalah
- Cerca
- Degil
- Ego
- Lalai/ alpa / cuai
- Malas
- Suka menyakiti
- Menghina
- Boros
- Tamak
Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki.
Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.
Hubungan dengan Mertua – Mentua
- Menerima dan melayan mertua sebagai Ibubapa
- Baik sangka
- Menerima seadanya
- Menziarahi
- Komunikasi jelas, berkesan dan berhemah
- Beri kasih sayang
Ada seorang penceramah wanita kursus perkahwinan berkata
Dua perkara kena jaga mengenai orang lelaki:
1. Bagi perut dia kenyang2. Bagi adik bawah dia puas.
Seorang lagi penceramah pula menyatakan,
Tanggungjawab lelaki adalah terhadap ibubapanya, tetapi tangungjawab isteri pada suaminya ialah menurut kata suaminya, selagi tidak melanggar syarak (hukum) Islam.
Konflik biasa berlaku, kita harus tahu kenapa ia berlaku, dan selalunya diri sendiri yang menjadi masalah. Tolak ansur adalah penting.
Perkahwinan adalah perkara terbesar dlm hidup kita selepas kelahiran. Haruslah kita hargainya.Pengurusan duit dan pengurusan tekanan hidup adalah penting, kerana ini adalah 2 faktor terbesar perceraian.
1 comments:
nice entri.. :)
Post a Comment